Followers

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Photoshoot ikatan tudung majalah Remaja.



Assalamualaikum,

Ade dulu fara penah share tentang keterujaan menjadik model kat Majalah Remaja nih,
walaupun lah jadik model pada butik sendiri kan.
Muka seposen cmnih, sape pulak nak hire jadik model?
haishh la.. angan2 tinggi sgt.

Btw, mekap yang lawa, sweet, gojes ni di sponsor oleh akak Adnin.
Ni fb beliau: http://www.facebook.com/adninadnan?fref=ts
No fon: 019-6918856.

Beliau ade mekap utk Photoshoot and Bridal jugak.
Tros bajet cm barbie doll pas akak ni makeupkan.
kehkeh.. gelak perasan.


 
Seriously, malam sebelum photoshoot ni fara terjaga jam 2 pagi,
langsung fara iron tudung2 dan shawl, setup baju, lukis draf bagai..
Tapi mata fara xde nampak bengkak or cam panda pun.
Pro giler akak Adnin nih.

Awek magazine tu pun puji, die kate nmpak smooth je akak ni makeup.
Pehhh~

Btw, fara xdapat nak ambik gambar banyak2, sbb fin dok letak dalam beg.
Selain fara jadik model utk butikpinkku, ade lagi sorang awek cun, 
yg fara lupe nk amek gambar T_T

fara jadik stylist utk beliau dan butikpinkku sponsor tudung.
Op kos la kan.

Insyaallah ade keluar dalam majalah Remaja 15 April 2013.
Jangan lupe beli!

Ade banyak ikatan tudung corak pastel dan lain dr lain,
yg fara xde buat tutorial lagik kat video.
Seriously! Sila jangan lupe beli :)

Friday, February 15, 2013

#61 Tutorial: Shawl Syeera.




Assalamualaikum,

Serius dah lama gile nak update tutorial ni,
bizi je memanjang, mengalahkan menteri!
(mengada je, kalo dah pemalas tu cakap je la kan.. senang..)

Sorry tau, since persiapan wedding, pastu wedding,
pastu mensesuaikan diri dgn jadual baru, memang payah rupanya.
Tapi sikit2 kayuh la kan~

Oleh sebab tadi alang2 fara da mekap ala2,
tu fara rekod la tutorial utk korang.
Dah lama giler nak rekod, tapi kadang2 muka cinapek tahap gaban.
Kalo xlukis sikit kening ni, cam alien pun ade.. tsk.. tsk..
Sadis.

Lukis sikit je, bukan conteng cam kertas lukisan!

Alkisah tadi fara ke karangkraf sebab photoshoot utk dara.com
(tp fara xdpat jadik model, sbb da kawen)
Life is cruel. Whyyy~~
Nanti la fara update dalam entry besok lusa. eh?

Sbb this entry nak kasitau pasal Shawl Syeera ni ha..
kat bawah ni ada video, tapi sesapa yang xpaham fara merapek apa,
buleh baca step by step rentetan utk tutorial ni.





Cara2:
1) pastikan anda dah pkai inner neck yg selesa dan kemas.
2) letak shawl syeera atas kepala, sama panjang kedua2.
3) locate 1 spot di bahagian tepi kepala anda, fara buat belah kiri tadi, 
pin kedua2 lapis tudung dgn guna 1 pin. Makesure kemas dan ketat.
4) (kanan) pin kan ke belakang utk kemasan.
5) (kiri) anda pin kan ke belakang kepala. buat ala2 ombak rindu/ najwa latip style.
6) kedua2 belah bahu, susun elok2 dan kemaskan.
-heh, siap-

Die cam ade ruffles sikit!
oh, fara suke tengok, feminin sangat :D

have fun trying!

ps: kot2 la nak pkai camni besok ade kenduri kawen and shopping!


Thursday, February 14, 2013

Jameela Ulfah finally!



Assalamualaikum,

Yang ni sebenarnya yang fara nak tulis semalam.
Dek teringat valentine day, langsung tangguh hari ni. ces!

Alkisah ade shawl baru~
Xde nak baru sangat la, tapi banyak kaler baru ni ha~
Jemput la tengok mana berkenan ni hati.

Tau la sekarang ni tengah bulan,
tapi shawl ni murah je. Berbaloi la sangat. 
Xde effect pun dengan tgh bulan atau hujung bulan!
Memang mampu milik sgt.

Ni details ha:
Nama diberi: Shawl (halfmoon) Jameela Ulfah
Harga: rm20 je!
Material: Crepe, cam baju melayu, sedap je pakai.
Measurement: 2m x 0.55m
Cutting: Halfmoon, wide.

Fara honestly suke shawl ni sbb material dia.
Selesa dan xjarang.
Walaupun lebar die cuma 0.55m, tapi cam pakai tudung labuh.
Mungkin sebab effect material yg berat tu, nampak labuh, sejuk ata memandang!

Kalo korang teringin nak tengok tutorial purdah bagai ni,
klik sini.

 Dibawah ni ade beberapa kaler feveret fara, kot2 korang nak tengok la kan..
Full album, boleh pegi ke link tertera :)

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.532659720081891

Happy shopping!

ps: utk order, inbox www.fb.com/messages/butikpinkku.
Beri nama, alamat, no fon, email dan kod. Tu je!

















Wednesday, January 30, 2013

LIVE tutorial bersama JPM :)


Assalamualaikum,

Harap xjemu membaca.. dah 2 hari berturut2 update ttg lie tutorial kan?
Dah la da berkurun2 xde buat video, smpai adik2 ni dok inbox n email tanye..

"kak fara.. bile nak upload video baru..?"

Sedeh je ai dengar.
Bukan xmo rekod dan upload, keadaan mencemburui kita.
Tengah baru pindah rumah, semua pun xbetul lagik nih..
Sabar tau.. ade banyaaakkk sgt nak buat.

Harap upload video nnti xde la out to date sangat kan?
fuhhh...









Alhamdulillah, 23 Jan tu dapat lg 1 invite di JPM.
Seriously, ni yg paling mencabar sgt dalam banyak2.

Fara jalan kaki ade dalam 1.5km, dari parking utk masuk ke bangunan tu.
Dah la panas terik dalam jam 1.30ptg, 
pakai kasut tinggi and baju kurung lengkap, okey?

Pehhh.. tapi nasib baik peserta2 semua baik2, 
diam (khusyuk, bukan tidur) bila fara cakap.
Terharu sangat!

Lepas pada session sejam tu, fara pun buat sikit jualan.
Alhamdulillah. Sambil personal coaching pulak kan..
Seronok dapat share ramai2.

ps: bagi anda yg berminat utk buat grooming class,
boleh la klik LINK NI. CuteCarry (my sifu) buat coaching package lengkap!
Jangan lupa mention nak package ikatan tudung sekali tau.

kalau segan nak contact CuteCarry, 
boleh email fara: butikpinkku@gmail.com :)



Tuesday, January 29, 2013

LIVE TUTORIAL with 500 audience!



Assalamualaikum,

(serius lamaaaa sangat x update blog nih!)

Alhamdulillah, rezeki selepas kahwin ni, 
22 Jan 2013 hari tu fara dijemput oleh CuteCarry 
(perunding imej femes amos) utk sharing tentang hijab tutorial.




Dengan 500 participants dari Kementerian Kesihatan.
Semua yg datang doktor2 belaka, 
segan juga nak bercakap dengan crowd ramai macam ni.

Sepatutnya slot fara pada jan 3.30 - 4.30 petang.
Tapi oleh sebab jadual yang padat sangat, 
fara cuma dapat share dalam 30 minit je dengan peserta.

Sadis jugak la kan..
Tapi pengalaman ni memang bagus sangat kan?




Perasan jadi lecturer pun ade la jugak.
Dalam mood semangat membara jadi student, berangan pulak jd lecturer -.-"

Dalam kesibukkan tu pun, fara xdapat nak ambil gambar banyak2.
Ni je decent gambar yg dapat.
Lepas dari tutorial singkat tu, 
fara pun buat jualan ringkas di depan stage. 



Yg pakai kemeja putih nampak hensem tu adik fara.
Faris namanye. Dia yg uruskan segala hal ttg postage
dan akan call anda kalau parcel ade problem.
Jangan terkejut pulak lelaki call tau!

Alhamdulillah, keesokan hari, 23 Jan 2013 pun
 fara dpt invite utk LIVE TUTORIAL jugak.
Nanti fara update lg tau?

Yg dok tanya2 SALE tu, insyaallah coming real soon :)

Saturday, November 10, 2012

Live tutorial. Ni betul2 sikit!

btw tips: max accessories only wear-able with plain materials. 
printed hijab with bold accessories is a NO-NO.
Less is more.


Assalamualaikum.

Hari ni ade buat live tutorial.
Fara dengan xde perasaan yg membuak2, pegi ke Semarak, KL.
Serius kemalasan bila nak pergi sana.
Almaklum, xberapa nk tau jalan. Lepas tu semalam punya lah penat yg amat.
Tapi gagahkan diri jugak la.
Dah dibayar kan~~

Session fara start jam 10.30pg.
Dalam pkol 9.30 fara da keluar rumah,
walaupun Jln Semarak ni dekat je ngan rumah, takut jem pulak pagi2 jumaat ni.
Mula nya fara ingt hari ni hari sabtu!
Gegas ke sane, menonong xtau jalan, tempuh je la.
Sampai je, ade yg jemput fara kat luar pintu pagar PULAPOL.
Besar jugak dalam sini.

Sampai je, kne naik tngkat 2 pulak. spoil mood sangat.
Kaki sakit yg teramat, panjat je lah~
Then dok tnggu technician datang, sambil borak2, start dalam pkol 10.45pg.
Suppose sejam je.










Seriously, mulanya contact person bgtau fara ade dlm 25 person utk this class.
Fara pun happy la, sbb kelas kecik, senang nak berinteraksi :)
Alkisah pulak, hanya ade 10 org je!

Peh!!
Terkezut ai~ fara memang suke sangat. Fara macam personal coaching pulak.
Best sungguh la~ Semua un sekepala, biarpun pangkat akak2 dengan fara,
siap bergelak tawa bagai. Serius best!

Xsangka td pagi kemalasa nk pi, tbe2 buleh best pulak :)
Abes je sejam, diorang mintak add lg few more style.
Fara ok je. Masing2 xde kekangan masa.
Alhamdulillah, lepas live tutorial, bukak beg pulak, jual tudung2 yg display tadi.
Seronok sungguh la~~

Abes je jual and borak2, makan pulak.
Sambil sambung borak.
Dah macam jumpa member sekolah pulak.
Sebetulnya, n group paling kecik n paling best so far. Suke sangat.

Padahal contact person just inform details melalui inbox fb je.
Dunia siber sungguh la kan :)

Tapi soalan wajib utk peserta masih sama.
"fara umur bape tahun?"
terasa kanak2 sangat tau!..

(sukew nyewww rase muda..kikiki)


Habis je dari live tutorial ni, bergegas pulak mencarik stock.
Penat nih.
Balik rumah, rushing update new stock.

Cool huh?
ps: have a great weekend, n jangan lupe tengok out latest collection :)

Thursday, November 8, 2012

Seharian photoshoot majalah Remaja!


Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, berbanyak terima kasih pd 
kak Su, Songket Sutera sbb sudi makeupkan fara :)

kak su ni yg makeupkan fara time engagement hari tu, 
insyaallah makeupkan fara di hari bahagia nnti.
(b2b buleh try check package, harga berpatutan!)

Fara receive call dr Remaja utk buat 10 tutorial, utk 5 pages spread.
Giler teruja kot?

Lepas dpt call, terus fara post carik model ngan MUA.
Mak aiii.. kemain ramai pulak hantar nak jdik model n nk sponsor mekap.
Takut pulak kadik nye. Sebab kan fara xsempat nak baca semua, last2, fara decide buat sendiri je.

Of all megazie, fara memang teringin sangat nak featured in mag Remaja.
Sebab mag Remaja ni mmg fara baca di waktu2 fara remaja la kan.
Sekarang remaja kertu, xde masa sgt nk baca majalah.

Seriously malam td fara tdo pkol 5+ dan bangun pkol 7.
Naseb bek kak Su makeup lawa, xde nmpak cela pun.



Maunye x tido sampai pkol 5 lebey, fara menjaet lenny beaded kemain banyak,
pastu leka buat guide ni.
Siap ade lukis da arahan satu per satu. 
Takot lupa kan..

Pagi2 alam, fara reply order , email, sms, inbox semua.
pastu terus nak siap2.
Walaupun shoot kate jam 2 ptg,
pkol 11.30 da kne makeup.
Sbb dr Ampang  ke Shah Alam, susah nak predict trafic.




Fara sampai awal di area Karangkraf Shah Alam,
maka kami singgah KFC nak makan2 sat.
Seriously lapar sungguh.

Terima kasih la banyak2 kat adik2 fara sbb teman fara.
Btw, gambar2 candid yg lawa ni, by




 Xtau la kenapa, tapi bilik mekap har ni kosong sungguh!
Kami adik beradik dengan gembiranya bergambar sakan.




Alhamdulillah, siap shoot utk 10 gaya tudung dlm jam 5.30.
Kejap je. Nak ready yg lambat.
Ni 1st time fara shoot dgn photographer ppuan (utk mag),
agak lain sikit la.. tp akak ni pro kot?

Start shoot pun dalam pkol 3, ade test shoot dulu.
Baru shoot betul2.
Alhamdulillah, bila dah draf betul2, cepat je buat kerja.
Rasa lebih professional jugak.
Xde nak bawak banyak sangat tudung.

Habis je fara shoot td, dapat pulak tau,
ade offer utk buat cover page pulak.
Alhamdulillah, rezeki org darah manis mencurah2 ke ladang gandum.

Btw, jangan lupa beli majalah Remaja, 15 Dec 2012 tau!
Xsabar fara nak tengok nih.
Banyak tuto yg fara xpernah share.

Ingtkan td balik fara nak record lg tutorial.
Tapi dah xlarat, sampai tertidur kat parking kereta.
Ngantuk + penat.

notakaki: Mintak maaf da berbanyak terima kasih pd customers yg sudi tnggu fara reply.
Sorry buat anda menunggu. Sorry.

Sunday, November 4, 2012

1st gathering, hijabers malaysia.






Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan gembiranya semalam fara join 
Hijabers Malaysia Group,
1st gathering.

Theme of the day, pastel pink.
Jenuh la fara mencarik dress.
Akhirnye, fara beli baju lace ni kat QasehDyana
memang skarang tgk patern lace + chiffon,
so, fara pun pakai ngan Shawl Delisha, my current favorite.
Color moss green + pink :)

Sempat jugak bergambar dengan tokey MaiKitty Shawls.
Pandai mai mix n match.



Majlis mula dalam jam 2.30.
Banyak jugak input yg dapat.
Sambil suka2, dapat jugak belajar, jumpe dan kenal2 orang.

Tp fara bukan ingt nama satu2, cuma kalo muka tu buleh cam la.
Semalam ramai giler yg lawa2.
Dah duduk dengan org lawa2, ai pun perasan lawa jugak.






Butikpinkku pun dapat invite utk buat live tutorial.
Nanti fara buat other post ttg perasaan dan details sms live tutorial
dengan hijabers ni.



Btw, semalam fara juga pkai demi lash.
Unlike full set of lash, demi lash ni, bulu mata yg potong dua.
Fara rasa sgt sesuai cmni, sbb mata fara kecik.

Bila buat demi lash, xde nampak terlalu fake, macam mata tu terbeliak sangat kan.
Demi lash more like, opening + enhancing bentuk mata yg ada.
Not totally changing it.

Lagipun, fara xsuke berover sgt bila makeup,
bia nampak natural, cantik dah.
Cuma kalo ade yg kurang, tmbah sikit je.
Mane yg cela, kasi tutup.
Tu je la :)




Dan, im very much happy ade org puji kulit fara :)
YES.
Tapi emak pun kata, skin tone fara lebih sekata.
Xde capuk2 :)

Bile habis je gathering, rase lega la.
Ramai dok bergambar.
Ade ramai jugak tokey2 rupanya kat gathering ni.
Not bad. Semua hebat2.
Fashion show semalam pun best jugak.

Suke tengok macam2 design :)
Balik je rumah semalam, fara pun buat tutorial.
Sebijik cam ni.
Bawah ade video.






Dan ni pulak video utk gaya yg fara pkai semalam :)


Have fun trying!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...